tentang kami program kemudahan galeri pelanggan cara tempahan peta hubungi kami
 
Bagi memudahkan urusan tempahan di Nur Lembah Pangsun sila ikuti prosedur berikut :
 

LANGKAH 1 - NYATAKAN MAKLUMAT DIRI

Sila serahkan kad perniagaan atau nyatakan maklumat berikut kepada kami:
Nama Penuh
Nama Syarikat, Jabatan dan alamat surat menyurat
No. Telefon (& samb.) serta no. telefon bimbit
Maklumat lain yang berkaitan


LANGKAH 2 - DAPATKAN SEBUTHARGA

Semak brosur pakej yang ditawarkan oleh Nur Lembah Pangsun
Nyatakan keperluan program pelanggan
Lengkapkan borang PERINCIAN TEMPAHAN
Dapatkan SEBUTHARGA untuk rujukan tuan


LANGKAH 3 - SAHKAN TEMPAHAN

Lengkapkan BORANG PENGESAHAN TEMPAHAN
Kembalikan SALINAN ASAL borang PENGESAHAN TEMPAHAN kepada kami
Jika menggunakan surat rasmi syarikat, isi kandungannya mesti SERUPA dengan borang
PENGESAHAN TEMPAHAN Nur Lembah Pangsun

LANGKAH 4 - BAYAR DEPOSIT

Bayar deposit 50% daripada jumlah harga dengan secepat mungkin
Jika program ditangguh atau batal, deposit tidak akan dikembalikan


LANGKAH 5 - LAKSANAKAN PROGRAM

Jalankan program menggunakan kemudahan yang telah diluluskan di PERINCIAN TEMPAHAN
Sebarang perbezaan daripada PERINCIAN TEMPAHAN akan dikenakan caj berasingan


LANGKAH 6 - LUNASKAN BAYARAN

Dapatkan Inbois
Lunaskan semua bayaran SEBELUM check-out jika tiada tarikh
lain dinyatakan secara bertulis oleh pihak Nur Lembah Pangsun


NOTA PENTING:

NUR LEMBAH PANGSUN BERHAK MEMILIH TEMPAHAN PELANGGAN YANG TERLEBIH DAHULU MEMATUHI LANGKAH 1 HINGGA 6, JIKA NUR LEMBAH PANGSUN MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

NUR LEMBAH PANGSUN BERHAK MENOLAK TEMPAHAN PELANGGAN YANG LEWAT ATAU TERKEMUDIAN ATAU TIDAK MENGESAHKAN TEMPAHAN, TIDAK MEMBAYAR DEPOSIT DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA LANGKAH 1 HINGGA 6 DI ATAS, JIKA NUR LEMBAH PANGSUN MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SELANGOR -++ Nur Lembah Pangsun +++ Nur Bukit Unggul +++Nur Sungai Merab +++
++ PERAK - Nur Lembah Lenggong ++++ KEDAH - Nur Bukit Hijau ++